Wednesday, January 26, 2011

Bad Mood.................

Bangun pagi solat subuh...Pas baca Al-Ma'tsurat tido balik...Sebab KELAS kui 11pagi...Mak cakap jangan tido pas subuh nanti hidup kepapaan..Tapi ngntok punya pasal tido juga..nasihat Mak x tepi dulu..heeeheh...

Bad mood......Serius petang selasa 25.Jan.2011 aku xde mood langsung...Aku cuba jugak untuk senyum tapi hati aku xpuas..xtenang..apa yang aku x puas aku xleh luah...Dan semalam ketenangan aku semakin parah,akhirnya solat TAHJUD yang buat aku kuat balik...Untuk hadapi hari keesokannya..Tapi malang mood yang tidak baik tetap ada sisa ya dalam hati..Hari ni bad mood aku still ada...Aku pergi kelas aku tertekan sangat...Aku kuatkan hati juga tadi demi kelas..Aku xfikir pun orang dalam kelas tu...

Dengan keadaan yang macam ni,Aku call Mak,nangis kat Mak,cerita semua kat Mak...Aku tnya Mak kenapa apa yang angah nak tapi angah tetap xdapat..Mak cakap sebab angah xkuat dengan Allah...Allah xbagi kat angah sebab Allah xnak angah lalai denganNya..Menitis air mata aku.....

Mak cakap setiap masalah rayu la dekat Allah anda pasti dapat kekuatan dan ketenangan dariNya..

MUM UR MYSOUL...DAD UR ALWAYS MY BFF(best father forever)..............

Saturday, January 22, 2011

Cinta.......Apa Itu Cinta???

Fitrah manusia ingin Dicintai dan Mencintai..........Tapi adakah kita mampu untuk harungi cinta itu?
Cinta manusia sekarang bagai manisan,apabila perlu ia dekati bila tidak perlu cinta itu bagai dipijak2 oleh kaki manusia itu sendiri...Itu kah cinta????

Aku cukup takut dengan CINTA...Selepas aku baca sebuah buku yang mengisah tentang
Rabia'tul Adawiyah..Seorang wanita yang mana CINTA nya hanya untuk Allah...Setiap kali ia berdoa ia takut untuk mengangkat muka nya ke atas,kerana takut dirinya tidak diterima oleh Allah...Itu la RABIAH...seorang SRIKANDI yang takut Cinta nya tidak diterima oleh kekasihnya Al-Khaliq....Mampu kah Aku jadi seperti RABIAH??

Bicara tentang CINTA aku selalu berkongsi bersama MAK terCINTA,kerana jawapan MAK cukup mudah@simple,
Angah,sekiranya angah pasti cari jawapan itu dalam ISTIKHARAH mu Jawapan Allah adalah yang terbaik... ...Tapi takut untuk cari...

Dan takut juga untuk Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita. 

Tetapi HATI akan tenang dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..


 
CINTA:

1.ALLAH@Al-Khaliq

2.Rasul

3.Mak Abah...Kenapa perlu mak di dahulukan??daripada Abah???Kerana Mak jaga kita baik2 masa kita dalam perut dia selama 9bulan,dan Mak melahirkan kita...Dua perkara ni Abah x lalui..Tapi tanggungjawap Abah cukup berat untuk pastikan kehidupan keluaraga nya di redai oleh Allah...

4.Pasangan hidup kita selepas akad nikah..

 Apa itu CINTA???

 ALLAH

 Biar lah diri kita dicintai bagai MAWAR BERDURI DI TAMAN LARANGAN...Boleh dekati tapi dengan SYARAT
 CINTA ALLAH HINGGA KE SYURGA

Friday, January 21, 2011

Cantik =Jamilah = Beautiful

Tipu la kalau seorang wanita xsuka pada kecantikan???Betul x???....

Apa Itu Cantik????

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w keran bginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.
Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.

Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahajamengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.

Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah.

Maka Jadi Seperti Mawar yang dipenuhi duri...Yang mana cantik dilihat tapi sukar untuk didamping kerana Mawar itu sentiasa di dalam taman larangan yg dipenuhi duri...




Wanita Cantik Umpama Mawar Berduri Di Taman Larangan..
Boleh di lihat tp sukar untuk didampingi...

 

Blackberry

Teruja nk pakai BB or Blackberry...Suka2...Tapi pitih tidak cukup...So apa lagi,mulakan perniagaan di Uitm..jUaL tOpUp...Caj 50 SEN....Dapat untung leh beli BB kan????? Blackberry Bib =BB
baru puas hati leh beli BB GUNA DUIT SENDIRI.....



Sunday, January 2, 2011

Tahun Akhir Diploma...

Dah 2 tahun dekat Uitm Sri Iskandar Perak. Tinggal lagi setahun untuk habiskan diploma ni..Harap tahun akhir ni semua ok..Dalam masa dua tahun ni banyak suka duka aku rasai.."Mak cakap itu la pengalaman hidup hidup..Abah pula cakap bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..."Abah dan Mak adalah jiwa aku.Terima Kasih Mak Abah...Setiap saat hati ni xpenah berhenti rindu mak abah..Mak Abah reda angah dan doa anak mu dalam solat..
Mak dan Abah,pengalaman buat angah tahu erti susahnya dalam setiap perkara...Kadang2 lagi kita usaha Allah tetap xbagi kejayaan tu..Tu la nama ujian Allah supaya kuat kan lagi iman untuk tempuhi ujian itu...Allah bagi ujian itu untuk kita sentiasa dekat dengan Nya...
YaAllah ujian Mu buat aku lagi kuat untuk tempuhi...